Solitary Confinement

You laughed at my weaknesses
so I feared to show them.
You trampled on my dreams
so I dreamed alone.
You were too busy to listen
so I never spoke.
You handled my secrets indiscreetly
so I ceased to share them.
You were insensitive to my needs
so I hide them from you.
You never seemed to understand
so I stopped trying to communicate.
You hurt me by your indifference
so I bled inwardly.
You wouldn't let me near you
so I kept my distance.
You cared for my physical needs
so my soul became impoverished.
You drove me into myself
so now I am imprisoned.

ROSSY'S Followers

Thursday, September 29, 2011

28.12.2009 Aku telah meletak jawatan sebagai Penolong Kanan HEM di sekolahku. Semuanya akibat fitnah yang melanda. Aku dipandang sangat jahat dan hina. Sesungguhnya manusia yang penuh dengan hasad dengki ada di merata-rata di muka bumi Allah ini. Aku yang sememangnya tidak mahu pangkat dan darjat ini. Aku hanya seorang insan yang berjuang di bumi Allah, ingin menghabiskan hayatku dengan berjihad mendidik umat Muhammad S.A.W menjadi seorang insan yang berjaya dunia akhirat. Aku berjuang dengan penuh keikhlasan tanpa mengira penat lelah dan wang ringgit. Semua kulakukan demi Allah, untuk mencari rezeki yang halal bagi meneruskan hidup dan membesarkan anak-anakku. Tetapi mereka yang tidak pernah puas dengki dan iri hati, ada-ada saja mahu menjatuhkan sesama insan. Aku akur dan berserah pada takdir. Mungkin ini adalah salah satu amaran Allah yang ingin mendatangkan ujian yang lebih besar ke atasku. Sesungguhnya aku pasrah. Ketika itu aku berdoa, " Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, aku redha dengan setiap ketentuanMu". Sepanjang tahun 2010 Hidupku lebih tenang. Pendengki sudah tidak ada apa yang nak diperkatakan. Terasa aman tenteram. Tahun 2010 telah mengukir banyak memori indah untuk kukenang. Sesi praktikumku berlangsung dengan jayanya walaupun aku sedang hamilkan Aliya ketika itu. Peperiksaan di IPG juga telah dapat kulaksanakan dengan penuh semangat walaupun terpaksa bertungkus lumus sambil mengendong perutku yang besar. KISSM juga telah kulengkapkan. Kemudian kelahiran Nurul Qistina Aliya yang membawa seribu kemanisan. Dan sebagai penamat tahun 2010 aku dianugerahkan Diploma Pendidikan. Ya! sudah lengkap segalanya bagi tahun ini. Segala azam dan misi tahun 2010 telah kucapai tanpa sedikit pun yang tertinggal. Mungkin inilah salah satu rahmat dariNya, dan balasan atas setiap redhaku akan ketentuanNya. Tahun 2011 Ujian Allah tak putus melanda, begitu juga rahmatNya tak putus dikirimNya. Sebagai hambaNya aku sentiasa redha. Tanggal 21 Mac 2011 suamiku kemalangan. Tiada kecederaan fizikal, tetapi secara mental emosinya beliau telah berubah. Hari demi hari aku merasakan ujian kali ini mungkin akan memberi kesan ke atas seluruh hidupku dan anak-anakku selamanya. Aku semakin pasrah. Aku berdoa, " Ya Allah! Jika terlalu berat ujian yang Kau berikan padaku kali ini, maka Kau kuatkanlah hatiku dan anak-anakku sekuat-kuatnya untuk mengharungi segalanya ". Tanggal 16 Mei 201, pada hari guru, aku dilantik semula menjadi PK HEM di sekolahku. Aku cuba menolak dengan cara yang diplomasi tetapi mereka tetap ingin juga aku menyandang jawatan tersebut. Tetapi kali ini sebagai Pemangku. Dalam terpaksa kugagahkan jua hatiku menerima dengan ikhlas amanah ini. Walaupun kenangan setahun lebih dahulu kembali menerawang dalam mindaku lantas mencetuskan bait-bait kepedihan di hati ku. Aku berdoa lagi, " Ya Allah! Andai ini yang Kau rancangkan untukku, aku redha, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ke atas setiap sesuatu ". Aku terima seadanya.

Rossy's Archive