ROSSY'S Followers
Tuesday, December 29, 2009
Pelbagai persoalan bermain di benakku. Semuanya seperti putaran gasing berpusing laju di atas sebatang paku yang tajam. Kadangkala aku hairan kenapa manusia ditakdirkan mempunyai seketul daging yang bernama hati sekiranya hati itu ada niat terselindung yang ingin memusnahkan sesama manusia. Sesungguhnya aku tidak faham apakah perlunya manusia mempunyai perasaan seandainya hanya untuk disakiti. Apa pentingnya pula ada otak jika sering memikirkan dan merancang untuk menghancurkan orang lain.
Namun sekilas ku tersedar dari lamunan, Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Seketul daging yang dipanggil hati itu semestinya perlu untuk mengasihani sesama insan. Perasaan itu juga perlu untuk manusia menikmati dan merasai segala nikmat dan rahmat yang Allah berikan di atas muka bumi ini. Otak itu adalah anugerah Allah yang paling tinggi nilainya, yang membenarkan manusia berfikir untuk mentadbir bumi dengan penuh saksama dan sejahtera.

Subscribe to:
Posts (Atom)